Hati yang beriman...

"orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram
dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."- Ar-Ra'd : 28

Wednesday, December 24, 2008

cinta LUAR BIASA...


Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan..
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan..

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yang berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yang berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yang memahami erti kemanisan iman..

Mampukah diri ini meraih cinta luar
biasa ini..??

Sunday, December 21, 2008

Hamba dan perhambaan masa kini...

“Islam meminta supaya manusia menuju kepada satu tujuan sahaja iaitu ikhlas dalam menghambakan diri kepada Allah, jangan menyembah manusia lagi”. (Syed Qutb, Petunjuk Sepanjang Jalan, h. 65).

Perkataan al-‘Ibadah sering disempitkan maknanya. Ibadah sering dimaksudkan sebagai amalan keagamaan yang dilakukan di dalam masjid pada waktu-waktu tertentu. Setelah itu, manusia merasa bebas dan merdeka untuk melakukan apa sahaja aktiviti yang dikehendaki. Ibadah juga bukanlah sekadar gerak hati untuk berniat baik. Tanpa merasa perlu melakukan aktiviti wajib yang lainnya.

Ibadah sebenarnya berasal dari perkataan ‘abada (beribadah, menyembah, mengabdi). Manakala perkataan ‘abuda bererti menjadi hamba sahaya.

Seseorang yang beribadah bererti menjadikan dirinya hamba sahaya hanya untuk menyembah atau mengabdikan diri kepada tuannya. Dengan maksud yang sedemikian rupa siapakah yang disebut hamba? Dan aktiviti apakah yang menjerumuskan seseorang kepada perhambaan?


Image

Pengabdian diri kepada Allah subhanahu wa ta'ala perlu dilatih dari kecil lagi.


Perhambaan Manusia

Kerajaan Parsi sebelum kedatangan Islam, diperintah oleh keluarga Sasanit yang berkuasa secara turun temurun. Mereka merasa lebih tinggi kedudukannya dari manusia biasa. Bahkan mereka menganggap diri mereka sebagai keturunan dewa (tuhan). Seluruh harta kekayaan negara menjadi milik raja-raja dan digunakan sewenang-wenangnya untuk berpesta melampaui batas kesenangan dan kemewahan. (Abu Hassan al-Hassan an-Nadwi, Sirah an-Nabawiyyah, 1989).

Ketika utusan kaum muslimin, Raba'I bin Amir, Huzaifah bin Muhsin dan Mughirah bin Syu’bah berdiri di hadapan Rustum, panglima perang Parsi ,mereka berkata, “Allah mengutus kami untuk mengeluarkan manusia dari penyembahan (perhambaan) terhadap sesama manusia, kepada penyembahan terhadap Tuhan manusia…”. (Syed Qutb, Petunjuk Sepanjang Jalan).

Aktiviti perhambaan sesama manusia mungkin berlaku apabila aktiviti yang dilakukan untuk memuliakan, mengagungkan, membela, menyerahkan jiwa raga kepada seseorang, sehingga melampaui batas kemanusiaan. Walaupun dia rela berdiri sebagai hamba. Keadaan ini berlaku antara lain sebagaimana yang dilakukan oleh para pengikut orang suci Dalai Lama di Tibet, Dewa Matahari di Jepun dan Raja Bhumipol di Thailand. Keadaan ini juga boleh berlaku jika seseorang peminat fanatik terhadap seorang bintang filem, penyanyi, negarawan dan ahli politik. Pada hakikatnya mereka telah diperhambakan. Perhambaan manusia atas manusia.

Perhambaan Ideologi

Ketika mendengar seruan dakwah Rasulullah s.a.w, Adi bin Hatim, pemuka suku Tha’I segera melarikan diri ke Syam. Maka Rasulullah s.a.w menawan saudara perempuannya dan beberapa orang dari kaumnya.

Atas hidayah Allah S.W.T saudara perempuan Adi telah memeluk Islam. Kemudian dia menemui Adi bin Hatim dan menganjurkannya pergi ke Madinah untuk menemui Rasulullah s.a.w. memenuhi anjuran saudaranya itu, Adi bin Hatim berangkat ke Madinah untuk menemui Rasulullah s.a.w. Di lehernya bergantungan kalung salib sebagai lambang kenasraniannya. Melihat kedatangan Adi dengan kalung di lehernya, Rasulullah s.a.w kemudian membaca surah at-Tawbah ayat 31.

“mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai Rabb (tuhan) selian Allah dan (juga mereka menjadikan tuhan) al-Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Ilah yang Maha Esa, tidak ada Ilah kecuali Dia, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan”.

Mendengar bacaan Rasulullah s.a.w Adi bin Hatim memprotes, “Kami tidak menyembah orang alim kami”. Rasulullah s.a.w menjawab, “para rahib itu mengharamkan ke atas kaumnya apa yang halal dan menghalalkan apa yang haram, kemudian diikuti oleh mereka. Maka itu bererti pengabdian (penyembahan). Dengan jawapan itu, Adi kemudian telah memeluk Islam. (terjemahan ringkas, Ibn Kathir, Jilid IV).

Ajaran para rahib Nasrani antara lain mengatakan bahawa Isa al-Masih adalah Ilah (tuhan) yang harus disembah (ajaran Saint Paul), menghalalkan daging babi yang diharamkan Allah S.W.T dan mengharamkan ibadah nikah yang telah dihalalkanNya. Bila ajaran ini diikuti, maka perbuatan mengikuti itu merupakan sebuah bentuk pengibadatan kepada ajaran Nasrani (yang telah diselewengkan) sekaligus sebuah bentuk penyembahan terhadap penditanya.

Perhambaan Kepada Material

Al-Ahnaf bin Qays melihat seseorang memegang wang dirham, lalu bertanya, “Milik siapakah wang itu?”.

“Milikku,” jawab orang itu.
“Wang itu menjadi milikmu jika anda belanjakan untuk sesuatu yang akan mendatangkan pahala atau menimbulkan rasa syukur”.

Kemudian al-Ahnaf membaca sebuah syair, “Anda dimiliki oleh harta jika anda tahan (tidak gunakan). Sebaliknya, jika harta itu anda sedekahkan atau belanjakan, maka harta itu benar-benar menjadi milik anda”. (Terjemahan ringkas, Ibn Kathir, Jilid 9).

Kebenaran syair yang dibaca oleh al-Ahnaf bin Qays itu dapat kita temui dalam kehidupan sehari-hari. Begitu ramai manusia yang bersusah payah, bekerja keras, membanting tulang, memerah keringat, hanya untuk mengumpul harta sebanyak-banyaknya. Bahkan kadang-kadang dengan berbagai cara haram yang dihalalkan. Menyodok kanan kiri, menekan yang dibawah, menjilat yang di atas, menendang yang didepan, menutupi apa yang ada di belakang. Padahal, dia sendiri tidak sempat untuk menikmati seluruh hasil usahanya itu.

Orang-orang yang terseret dalam dunia korupsi, monopoli, riba dan apa sahaja kerja yang sejenis itu, untuk menebalkan poketnya sendiri. Sesungguhnya dia telah menjadi hamba harta, hamba kekayaan, sebagaimana syair yang dibacakan oleh al-Ahnaf di atas. Rasulullah s.a.w telah mengecam orang-orang seperti itu dengan sabdanya antara lain bermaksud, “Celaka dan kecewa hamba wang dinar atau dirham, celaka hamba perhiasan, permaidani atau pakaian”. (HR Bukahri).

Perhambaan Kepada Jin

Pasa suatu malam, Kurdum bin Abi Sa’ib al-Ansari dalam perjalanan ke Mekah untuk menemui Rasulullah s.a.w. Beliau bermalam di rumah pengembala kambing. Ketika malam semakin larut, datang seekor serigala dan secepat kilat menyambar seekor kambing. Pengembala itu segera berseru, “Hai penjaga daerah lembah ini, ku harap perlindunganmu!”.

Tiba-tiba terdengar suara, “Hai Sarhan, lepaskanlah!”. Kemudian kambing yang disambar serigala itu lari kembali dan masuk ke dalam kandangnya. Tanpa terluka atau terganggu sedikitpun. (Terjemahan ringkas, Ibn Kathir, Jilid 8).




Dalam kisah di atas, pengembala kambing itu telah melakukan syirik. Dia meminta perlindugan daripada roh-roh penguasa wilayah itu. Ini termasuk perhambaan kepada roh atau jin. Allah S.W.T berfriman, “Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan”. (Surah al-Jin : 6).

Jika berkhemah di suatu tempat, biasanya seseorang membaca, “Aku berlindung dengan pemimpin Jin di tempat ini, jangan diganggu diriku dan anak-anakku, atau ternakan serta harta kekayaanku”. (Asudi, Ibn Kathir). Ini menyebabkan jin semakin bongkak. Dia makin berani melakukan kejahatan dan menakut-nakutkan manusia. Hingga sebahagian manusia rela memberikan persembahan-persembahan sesuai dengan permintaan jin. Manusia seperti ini telah masuk ke perangkap perhambaan kepada Jin.

Perhambaan Kepada Hawa Nafsu

Kebiasaan orang Arab Jahiliyyah adalah menyembah benda-benda yang disukainya. Boleh jadi, hari ini dia menyembah batu yang bentuknya indah. Namun bila dia menemui benda lain yang lebih menarik hatinya, maka batu itu ditinggalkan. Kemudian dia akan beralih menyembah benda baru yang lebih menarik itu. Begitulah seterusnya. (Tafsir Ibn Kathir). Tentang keadaan ini, Allah S.W.T berfirman, “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Ilah (tuhan)nya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya…”. (Surah al-Jathiyah : 23).

Nafsu menuntut untuk selalu dipenuhi dan dituruti. Ketika dirinya sendiri sudah tidak berkuasa untuk menolak, bahkan terus memburu kepuasan nafsunya, saat itulah sedar atau tidak dia telah menjadi hamba hawa nafsunya.

Munculnya perilaku homoseksual, hiperseks, lesbian dab sodomi merupakan fenomena manusia yang diperhambakan oleh nafsu seks. Akibatnya timbullah penyakit-penyakit mental, "sex maniac" dan sebagainya. Ada pula orang yang diperhambakan oleh nafsunya yang selalu menjadikannya gelisah dan gundah gulana. Maka larilah mereka mencari pil 'ectasy', ganja, morfin dan yang sejenis dengannya. Jadilah mereka hamba hawa nafsu yang mengabdikan diri kepada kepuasan nafsunya semata-mata.

Manusia Yang Merdeka

Allah S.W.T berfirman, “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Ku”. (Surah az-Zariyat : 56). Islam berpijak pada pengertian bahawa manusia adalah ‘abd, hamba atau pelayan Allah, hamba kepada Penciptanya, hamba kepada Maha Pemberi , Pemelihara, Penguasa mutlak dan Rabb semesta alam. Kemudian Allah S.W.T melantik manusia sebagai wakilNya di muka bumi.

Maka langkah yang lurus dari pemahaman ini adalah untuk menjadikan Allah S.W.T sebagai satu-satunya sembahan sedangkan manusia sebagai abdi (hambaNya). Adalah suatu yang amat keliru apabila manusia mengambil Tuhan selain Allah atau sembahan-sembahan selain Allah. Bahkan adalah tidak wajar bila manusia menjadikan dirinya sendiri sebagai tuhan selain Allah S.W.T.

Menjadikan hanya Allah S.W.T sebagai sembahan, adalah dengan mengerjakan segala yang diperintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mematuhi dan melaksanakan perintah Rasul, menghormati kedua orang tua, mentatati pemimpin yang beriman, menunaikan ibadah seharian, menolong sesama manusia, membela kehormatan diri dan agama, menuntut ilmu, semua itu adalah perintah Allah. Maka sebagai hamba yang baik, kita harus berusaha semaksima mungkin untuk melaksanakannya.

Demikian pula sebaliknya. Judi, zina, syirik, membunuh jiwa tanpa alasan syar’I, menindas, menuruti hawa nafsu, merupakan larangan-larangan Allah S.W.T. Maka sebagai hamba yang baik, kita harus berusaha semaksiman mungkin untuk meninggalkannya.

Ini sesungguhnya hakikat manusia yang merdeka. Mengembalikan perhambaan dirinya hanya kepada Allah S.W.T. Tidak menjadi hamba ideologi, tidak pula menjadi hamba manusia, harta benda, makhluk-makhluk halus, hawa nafsu atau yang lainnya.

Wednesday, December 10, 2008

cintaku pada DIA..


“Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama…

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan…

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga…

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah….

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar….

Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah
permaisuri hidup Nabi Ayub….pasrah dengan dugaan Tuhannya….
walau pernah tersungkur kerana jerat syaitan…namun ia kembali
kerana iman yang kuat…telah dijanjikan syurga adalah balasannya….
bahagia adalah miliknya…
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah….

insyaALLAH...

Aku mencari DIA yang MAMPU

Hasil nukilan oleh mutiarabernilai

Mencari Mereka Yang Mampu

Dalam pergolakkan masyarakat tercari-cari identiti sendiri, terpinga-pinga membina keperibadian sedangkan mereka hanya meniru barat, berbangga dengan pencapaian hebat sedangkan ia tiada nilai dan sumbangan buat masyarakat lain yang menderita..pun begitu, masih ada mereka yang sudah punya identiti, berkeperibadian unggul, terasing dari kejahilan yang diwar-warkan orang ramai.

Merekalah para rijal yang diharapkan mampu untuk memimpin. Kehadapan dalam menjayakan agenda membangkitkan semula kegemilangan islam. Tegas dalam pandangan yang disandarkan hanya pada syarak. Bercita-cita memanggil untuk bersama daripada duduk diam menanti. Siangnya singa, malamnya si lemah yang mengharapkan ampunanNya.

Islam dulu dan kini, didokong sang rijal.

Kalau kita perhatikan pokok taugeh, teringat projek sains masa sekolah rendah dulu..benda yang pertama tumbuh selepas disemai adalah akar. Kerana akar yang akan menyokong batang taugeh. Kemudian baru tumbuh daun dia untuk proses fotosintesis yang membolehkan taugeh tadi tumbuh gemuk dan tinggi. Begitulah analogi yang boleh kita gunakan dalam meniti jalan dakwah. "Da'a ilallah" menyeru kepada Allah. Siapa yang kita serukan? Dan adakah cukup sekadar memanggil tanpa membelai, tanpa kasih, tanpa harapan suatu hari nanti sang mad'u pula mampu `memanggil'? menggantikan kita, meneruskan perjuangan yang terhenti..

Usrah bukan satu modal kebaikan mempromosikan persatuan tanpa diniatkan menjadi medan pengkaderan para rijal. Jika ini berlaku, cukuplah usrah berjalan sebagai satu program yang bermula dengan al-Fatihah dan diakhiri dengan al-Asr. Satu bentuk pembaziran masa dan tenaga atas kaca mata 'kita melakukan kebaikan'. Sedangkan usrah itu matlamatnya melahirkan pewaris, mengembang-biakkan pendokong, sesi penyelarasan fikrah agar tamat usrah; keluarnya para jundullah berjuang dimedan masyarakat. Untuk itu, para dai'e bukanlah calang-calang orang. Pengalaman berusrah tidak meletakkan dia pada status layak menjadi naqib. Namun perasaan sedar memikul tanggungjawab menjadikan dia boleh diamanahkan.

Lihat sahaja pada seerah.

Sahabat Mus'ab bin Umair. Sahabat yang dihantar RasuluLlah ke yathrib untuk berdakwah. Dia tidak bersama RasuluLlah dalam waktu yang lama, namun dihantar memikul tanggungjawab mengislamkan masyarakat yathrib yang akhirnya menjadi kota islam pertama, Madinah. Dimana hendak kita cari sang Mus'ab?

Sahabat Abu Dzar al Ghifari. Dibelasah kerana terang-terangan berdakwah dihadapan kaabah, lalu di suruh oleh RasuluLlah untuk pulang dan berdakwah kepada penduduk kampungnya. Akhirnya, seluruh penduduk kampungnya memeluk islam. Bagaimana hendak kita bina sang Abu Dzar?

Pengajaran ghuzwatul Badr al-Qubra. rasuluLlah memawa bersama 313/314 golongan muhajir dan ansar keluar manahan rombongan dagang Abu Sufian. Namun, skuad road block yang digerakkan terpaksa berhadapan dengan 1000 tentera quraisy lengkap bersenjata. Dikisahkan, rasuluLlah bertanya kepada sahabat2 sudikah mereka turut bersama memerangi golongan quraisy. Lalu bangkit Miqdad bin Amr seorang muhajir menyahut seruan rasuluLlah. Namum rasuluLlah menanyakan lagi beberapa kali, sehinggalah Saad bin Muadz bangkit dan menjawab pertanyaan tersebut. Seorang ansar. rasuluLlah berpuas hati. Kenapa? Kerana respons yang diharapkan ialah dari golongan ansar, melihat sejauh mana mereka faham tentang pengorbanan yang menjadi pakej dan hadiah2 sampingan sebagai seorang muslim.

Kita? Kita mahu nanti muka-muka baru yang menyahut seruan jihad, muka-muka baru yang menggerakkan ummah, muka-muka baru yang tampil lebih hadapan dari mereka yang sudah lama dalam tarbiyah. Denagn itu barulah matlamat tarbiyah tercapai. Membina manusia tunduk kepada Allah dan membina pelapis perjuangan. Bila pula sang Saad junior mahu bangit menyahut seruan?

Wahai para pemuda, bangkitlah menjadi sang rijal.

Hari ini dunia dipenuhi pemuda-pemuda. Hebat. Mereka hebat. Namun bukan mereka yang mampu memimpin ummah. Malahan mereka menjadi indicator kepada kemunduran ummah, antara pra-syarat2 kejatuhan bangsa dan empire. Pemuda merupakan masa depan negara dan dunia kerana mereka bakal memimpin tapi for better or for worst is not yet answered.

Lain pula dengan rijal. Mereka sangat sedikit hari ini. Golongan yang bakal pupus jika `program kemandirian spesis'nya tidak mendapat perhatian. Mereka juga pemimpin masa depan, mereka juga hebat. But surely for the better of the future. Tidak boleh kita nafikan, para rijal hanya memimpin ummah kearah yang lebih baik. Itu satu jaminan yang pasti.
Kenapa diserukan untuk bangkit? Kerana setiap pemuda itu ada kualitinya untuk menjadi rijal. Tersemai jauh dalam diri namun ramai yang menafikan kehendak hati yang menginginkan a bigger purpose in life dari sekadar duduk di rumah jadi anak emak atau keluar menunggang motor mencari cabaran di jalanan atau jadi insan baik penuh dengan sikap moral yang tinggi.

Untuk kita membangkitkan conscious ini, hati2 para pemuda ini perlu diketuk. Kita tidak mahukan pemuda yang memimpin atas dasar `keperluan memimpin', namun kita mahukan pemuda yang tergerak oleh hatinya untuk memimpin atas dasar kesedaran ia adalah tanggungjawabnya terhadap ummah.

Hati adalah kunci kepada kebangkitan ini.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:
"Para manusia ini adalah bagaikan benda logam,sebagaimana juga logam emas dan perak. Orang - orang pilihan di antara mereka di zaman Jahiliyah adalah orang - orang pilihan pula di zaman Islam, jikalau mereka diberikan kefahaman. Ruh-ruh itu adalah sekumpulan tentera yang berlain-lainan, maka mana yang dikenal dari golongan ruh-ruh tadi tentulah dapat menjadi rukun damai, sedang mana yang tidak dikenalinya dari golongan ruh-ruh itu tentulah berselisihan - maksudnya ruh baik berkumpulnya ialah dengan ruh baik, sedang yang buruk dengan yang buruk." (Riwayat Muslim).

Apakah komponen utama kepada kefahaman? Tidak cukup dengan akal memikirkan, tapi hati juga kena tunduk membukakan peluang untuk akal memahami. Pernah dengar 'mental block'? sebenarnya istilah ini tiada kena mengena dengan akal, kerana yang menghalang diri dari melakukan sesuatu adalah hati

Hati ini mampu kita bentuk. Tapi bukan dengan teori. Teori untuk akal. Hati perlu dibentuk dengan perasaan kerana itulah hati. Kita tidak mampu membina rijal2 hebat sebagaimana sahabat Salman Al-Farisi atau Suhaib Ar-Rumi jika hati mereka tidak bersama kita. Begitulah realiti dakwah dan tarbiyah. Targetnya hati agar dengan terikatnya hati, empunya hati mampu untuk meneruskan agenda sang du'at yang dulu pernah membentuk hatinya.

Pernah kita fikirkan bagaimana rasuluLlah membentuk para sahabat? Lihat sahaja intipati surah-surah makiyah. Tiada teori, tiada puasa, tiada zakat dan sebagainya. Intipati lebih diberatkan dengan urusan akhirat. Pembinaan hati agar takut dengan azab dan gembira dengan nikamt syurga. Menjadikan hati itu merindui untuk bertemu dengan Allah.

Hari ini, proses ini perlu berulang. Ikatkan hati-hati para pemuda ini untuk merasakan mereka ini sebuah ummah yang mana mereka adalah sebahagian daripadanya. Agenda mereka besar dan jauh.

Wahai pemuda! Bukalah pintu hatimu untuk membangkitkan semangat rijal yang tersembunyi dalam diri!

Aku mencari mereka yang mampu membimbing ummah ini!
semoga aku jua termasuk dalam golongan rijal yg dicari....Allahuakbar!!!

Friday, December 5, 2008

ibadah korban

Hukum Korban

Korban hukumnya sunat dalam mazhab Syafie bagi orang berada atau miskin. Wajib dalam mazhab Hanafi bagi orang berada, sunat bagi orang miskin. Akikah hukumnya sunat dalam semua mazhab.

Waktu melakukan ibadah Korban

Korban boleh dilakukan selama 4 hari Hariraya Aidiladha.

Bolehkah diniatkan akikah semasa melakukan korban?

Boleh juga diniatkan akikah semasa korban, cuma kurang martabat dan nilainya berbanding korban. 7 bahagian daging korban (tidak termasuk akikah) akan menjadi seekor binatang tunggangan kita meniti titian sirat di hari akhirat.

Pembahagian daging

Tiap-tiap orang sunat makan daging korbannya sendiri (lembu yang dikorbankan). Menyalahi sunnah nabi sekiranya lembu A yang dikorban tetapi daging lembu B yang diberi. (dicampur-campur daging lembu A dan B). Hati, jantung, daging peha (depan, belakang) juga mesti dibahagi tujuh bahagian. Tulang rusuk juga mesti dibahagi 7, misalnya 2 batang/keping tulang seorang. Bahagian seperti kepala dan kaki tidak wajib dibahagi 7 (kaki cuma ada 4 kaki).

Bolehkah daging korban diberi kepada orang kaya?

Daging korban boleh diberi kepada orang miskin atau kaya tetapi tidak boleh diberi kepada orang kafir, walaupun orang itu juga melakukan ibadah korban.

Bolehkah daging korban disimpan?

Pada permulaan Islam tidak boleh, Nabi larang simpan daging korban. Namun akhirnya dibolehkan. Satu bahagian daging korban dibahagi tiga. 1/3 dari satu bahagian kita ambil, 2/3 dari satu bahagian dibahagikan. Daging korban yang boleh disimpan ialah 1/3 dari 1 bahagian yang dikorbankan. Daging akikah tidak boleh disimpan, hendaklah dihabiskan.

Sedekah pahala korban untuk Nabi

Nabi Muhammad s.a.w. juga telah mengorbankan dua ekor kibas yang besar salah satunya untuk dirinya dan yang satu lagi untuk umatnya. Kita juga sepatutnya melakukan korban untuk Nabi

Bahawasanya Nabi berkorban dua ekor kibas kedua-duanya berwarna putih bercampur hitam. Seekor untuk diriNya s.a.w dan seekor lagi untuk umatNya yang mengaku KeEsaan Allah ta’ala ( yang beriman) dan menyaksikan (mengaku) KeRasulanNya”.

Thursday, December 4, 2008

jahiliyyah zaman ini.....

Jahiliyyah bukanlah satu tempoh masa yang telah berlalu dalam sejarah lampau. Jahiliyyah adalah semua manhaj yang tercerna dari ubudiyyah manusia kepada sesama manusia.

Ciri ini tergambar pada hari ini dalam semua manhaj-manhaj hidup dunia ini tanpa pengecualian. Dalam manhaj hidup yang dianuti oleh manusia pada hari ini, manusia mengambil segala tasawwur, prinsip, neraca, nilai, syariat, undang-undang, style dan tradisi dari manusia yang sama seperti mereka.

Inilah ciri-ciri jahiliyyah sepenuhnya. Jahiliyyah yang tergambar dalam ubudiyyah manusia kepada sesama manusia. Mereka menjadi hamba kepada sesama mereka dan membelakangkan Allah.

Hanya Islam sahaja manhaj hidup yang membebaskan manusia dari perhambaan kepada sesama manusia.

Kerana hanya Islam sahaja yang mengambil segala tasawwur, prinsip, neraca, nilai, syariat, undang-undang, style dan tradisi dari Allah swt. Bila mereka tundukkan kepala, hanya kepada Allah sahaja di tundukkan. Bila patuh kepada syariat, hanya syariat Allah sahaja sahaja yang di pakai. Bila menggunakan sistem, hanya sistem Allah sahaja yang diterima.

Ketika itu, mereka bebas dan merdeka dengan sebenar-benarnya dari perhambaan kepada sesama makhluk, kerana semuanya telah menjadi hamba kepada Allah.

Inilah sebenarnya persimpangan jalan antara Islam dan jahiliyyah.