Hati yang beriman...

"orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram
dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."- Ar-Ra'd : 28

Friday, February 6, 2009

PETUA IMAM SYAFIE
4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


Dari Asma' Binti Abu Bakar ra
, katanya dia datang kepada Rasulullah saw lantas baginda bersabda, "Janganlah engkau menahan-nahan (harta),maka Allah akan menahannya pula darimu. Kerana itu keluarkanlah harta itu menurut kesanggupanmu. "
Sahih Bukhari II, Kitab Zakat
.

No comments: