Hati yang beriman...

"orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram
dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."- Ar-Ra'd : 28

Tuesday, June 23, 2009

Tarbiyyah rohaniah

"Tarbiyyah".. satu ungkapan yang selalu menjiwai mereka yang bergelar " budak usrah".
Jelasnya, erti tarbiyyah pada diri ku, bukan sekadar omong2 kosong dari bibir yang berkata-kata, telah wajib ke atas ku merealisasikan apa yang aku pelajari dari tarbiyyah ini.
Jiwa ku terisi dengan manisnya tarbiyyah, susur galur pengajian, didikan serta asuhan
dari zaman pencerahan Nabi Muhammad SAW kepada para sahabat pada masa itu, ianya diteruskan sehingga aku juga bisa mengecapinya di suasana jahiliyyah kembali di zaman ini.
Namun tabiyyah juga ada syaratnya, punyai peraturan dan fasa-fasa nya. Ianya bagaikan mengdaki sebuah gunung menuju ke puncak namun makin meniggi naiknya makin byk beban yang dibawa. Ada yang kecundang, tewas di tengah jalan pengdakian, lalu tercampak di alur hutan keseorangan. Tapi yang kekal mengdaki, terus berjalan walau beban begitu berat dan kesakitan, tapi dengan hati yang penuh redha dan cekal, dia kena teruskan jua sampai ke puncak harapan.
Beban?Halangan?Kesakitan? ada dalam perjuangan ini. Satu-satunya ubat utk mengatasinya adalah dengan tarbiyyah. Tarbiyyah yang aku fahami mungkin berbeza dan mungkin juga sama dengan apa yang org lain fikirkan, namun hanya satu yang aku tahu, ianya wajib utk ku..dan aku akan terus bersamanya kerana dia lah tarbiyyah rohaniah ku.