Usai daurah minggu ini, aku temui lagi siapa diriku ini. Dalam memahami erti pencerahan yang aku alami, aku belajar banyak benda mengenai sebenar-benar makna penghidupan. Penghidupan yang membuat kita unggul di hadapan Allah, membuat kita hidup di jiwa masyarakat, dan membuat islam terus naik ke peringkat sepatutnya ia diletakkan.
Memetik kata-kata Syed Qutb kepada adiknya sebelum beliau ke tali gantung. Katanya;
" Apabila kita hidup untuk kita, hidupnya amatla singkat. Bermula dari lahirnya kita dan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain kita, hidup kerana
fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula daripada hidupnya manusia,
dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini ".
Suatu kata-kata keramat dari insan bergelar mujadid alaf baru dengan mengambarkan satu erti
kehidupan berfikrahkan islam yang di bawa oleh para rasul dan nabi-nabi, di teruskan dari generasi ke generasi sampailah kepada kita di zaman ini.
Fikrah yang murni datang dari Allah ini hendaklah kita semai, jaga ia sebaik mungkin, dan kelak
nanti tuaian yang terbaik dari Allah jua di akhirat nanti.
Hendaklah juga kita hidup dengannya sepanjang masa kerana ianya jalan hidup kita,
nafas yang kita hela ini adalah nafas roh perjuangan untuk fikrah ini. Biar ia tamat kerana
kita memperjuangkan fikrah yang kita dukung ini. Jangan sekali-kali kita gadaikan ia untuk
kepentingan diri kita, kerana senangnya hanya sekejap cuma.
Akhiran untuk coretan kali ini, aku ingin bawakan kalian dengan satu pesanan akhir
dari Sayyid Qutb;
Saudara!
Seandainay kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan...
Teruskan berjuang ke puncak gerbang jaya
Saudaraku!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
taman-taman syurga tuhanku bangga menerima ku
burung-burungnya berkicau riang menyambut ku
bahagialah hidupku dialam abadi
Saudaraku!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
dan alam ini akan disinari fajar lagi
biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Jangan gentar berkelana di alam abadi
Nun disana fajar sedang memancar....
(Di tulis beberapa ketika sebelum menemui SYAHID)
No comments:
Post a Comment