Barisan Penentangan Islam Iraq. Slogan mereka “Al-Mautu fi Sabilillahi Asmaa Amanina” (Mati di Jalan Allah adalah cita-cita kami yang tertinggi”. Slogan ini mula diajar oleh Asy-Syahid Hasan Al-Banna.
Musuh-musuh Islam di Barat, boneka mereka di Dunia Islam dan media massa antarabangsa tidak sudah-sudah cuba menipu umat Islam yang sedang bangkit di zaman ini. Apa yang Amerika dakwa menarik tenteranya dari Iraq bermula dari 30/6/2009 adalah helah semata-mata, bertujuan menaikkan populariti Perdana Menteri Iraq boneka Amerika hari ini, Nuri Al-Maliky, dan Presiden Amerika Barack Obama yang kononnya telah mengkritik Presiden Bush tentang Iraq dalam kempen Presidennya yang lalu. Ia juga bertujuan menunjukkan bahawa Amerika menunaikan semua isi-isi “Perjanjian Keselamatan Bersama” diantara Penjajah Amerika dan Kerajaan Iraq sebelum ini.
Apa sebenarnya berlaku ialah setelah serangan bertubi-tubi keatas Tentera Amerika oleh Gerakan Penentangan Islam, menyebabkan tentera Amerika terpaksa berundur untuk menarik nafas seketika dan terdesak mengatur strategi yang lain pula. Gerakan Islam berjanji akan memberi pukulan berterusan siang dan malam sehingga mereka berjaya menghalau saki baki tentera Amerika yang terakhir dari bumi Islam Iraq, samada musuh cabut meninggalkan bumi Iraq dengan berpakaian tentera atau menyamar berpakaian awam.
Amerika bukan datang menceroboh untuk membebaskan rakyat Iraq dari penindasan Presiden Saddam Hussein seperti yang didakwa sebelum serangan pada tahun 2003 oleh Presiden Bush. Sebenarnya Amerika datang dengan mempunyai beberapa objektif jahat yang telah dirancang lama sebelum dari serangan dan pencerobohan dibuat. Ia tidak jauh berbeza dengan matlamat-matlamah Penjajahan Barat ke atas umat Islam di Abad-abad 16-20M yang lalu. Yang paling utama ialah:
- Melenyapkan identiti Islam dalam jiwa rakyat Iraq sehingga mereka menjadi sebuah umat tanpa pegangan dan asal usul Aqidah. Oleh itu sebelum dipaksa keluar dari Iraq, Amerika memastikan Iraq mempunyai kerajaan, pusat siaran tv dan radio yang sekular, pendidikan dan silibus yang sekular, menyuburkan pusat dan kegiatan maksiat dan melalikan dan seumpama itu. (Foto dibawah : Pesta Konsert Sunburst 2009, Kuala Lumpur, salah satu produk manusia Islam yang diingini oleh Barat. Hanya dengan produk seperti ini, pemimpin Barat dan Zionis Yahudi akan tidur lena).
- Menguasai dan menundukkan kehendak dan pilihan umat Iraq kearah apa yang menguntung dan menjaga kepentingan Amerika, Israel dan Barat. Ini dicapai melalui pencerobohan, penjajahan dan membentuk kerajaan boneka yang tidak mewakili aspirasi dan harapan rakyat. (Foto dibawah : Presiden Perancis, Syarkozy, yang telah mengharapmkan tudung dan purdah di institusi-institusi awam di Perancis bersama Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Sejak Napolean Bonaparte Perancis menawan dan menjajah Mesir, Mesir mengikut telunjuk Barat dan Timur hingga ke hari ini).
- Mengaut kekayaan dan hasil bumi Iraq untuk memenuhi poket dan perbendaharaan negara Amerika, Israel dan boneka-boneka mereka.
- Membuka jalan dan peluang kepada pengaruh dan pencerobohan Zionis ke dalam Iraq dan Timur Tengah.
- Menghancur dan menghalang kesatuan Arab dan Dunia Islam serta memastikan pergolakan dan perselisihan berpanjangan diantara umat Islam.
- Menceroboh kehormatan masyarakat yang merdeka dan melakukan penghinaan berbagai bentuk ke atas para tahanan di penjara-penjara.
Al-Ustaz Dr. Harith Al-Ubaidy, ketua anggota Parlimen Iraq dari Parti At-Tawaafuq (Parti Sunni Iraq) ditembak syahid pada Jumaat 12/6/2009 yang lalu selepas menyampaikan Khutbah dan mengimamkan Solat Jumaat. Pembunuhan tokoh-tokoh Islam Sunni Iraq sering dilakukan oleh salah satu dari 4 pihak : Perisik Amerika, Kerajaan Nuri Al-Maliky (Parti Syiah Sekular), Gerakan Mafia Syiah atau Tanzim Al-Qaedah.
Jenazah Dr. Harith Al-Ubaidy dibawa ke pusara. Sejak 6 tahun penjajahan Amerika, pembunuhan terancang telah mengorbankan ribuan professional Islam terdiri dari para ulamak, imam dan khatib masjid, professor universiti, doktor pakar, pemimpin masyarakat, perancang ekonomi, jurutera berbagai bidang, ahli masyarakat dan sebagainya. Ini sebagai persediaan sebelum Amerika “mengundurkan diri” setelah “membebaskan” Iraq dari kekejaman Presiden Saddam Hussein. Iraq mesti dihancurkan bukan sahaja bangunan dan infrastrukturnya, bahkan sumber tenaga manusia cendikiawannya, agar Iraq memakan masa berabad untuk pulih semula.
Terang lagi bersulu, bahawa satu-satunya bahasa yang hanya difahami oleh Amerika di Iraq, Palestin dan lain-lain wilayah Islam yang dijajah ialah bahasa kekuatan dan Jihad, bukan bahasa perbincangan dan politik. Benarlah firman Allah swt bermaksud, “Mereka akan terus menerus memerang kamu sehingga mereka dapat memurtadkan kamu dari Agama kamu sekiranya mereka mampu” (Al-Quran). Sehingga hari ini, Batalion Salahuddin Al-Ayyubi, sayap tentera Barisan Penentangan Islam, Ikhwan Muslimin Iraq, telah melakukan 5000 operasi penentangan terhadap Penjajah Amerika sejak 5 tahun lalu di 9 wilayah utama, merangkumi ¾ keluasan negara Iraq. Operasi-operasi tersebut adalah dalam berbagai bentuk diantaranya periuk api, serangan berdepan, melancarkan meriam Hound dan berbagai jenis peluru berpandu.
Sebelah kasut dilempar ke Presiden Bush, manakala Perdana Menteri Iraq, Nuri Al-Maliky di sebelah beliau.
Semoga Allah swt segera memberi kemenangan kepada Gerakan Islam yang berjihad menentang Penjajahan Amerika di Iraq dan mengembalikan kedaulatan dan kebebasan kepada umat Islam di sana. Ameen.
Ustaz Halim INIJALANKU www.inijalanku.wordpress.com
No comments:
Post a Comment