Menyusuri perjalanan dakwah bagaikan menaiki sebuah kapal yang belayar di lautan biru, da'i-da'i adalah anak kapal manakala mad'u-mad'u adalah penumpangnya.
Aku terang dan jelas di sini bukan senang utk mengemudi sebuah kapal, pertama sebagai anak kapal, aku kena faham apa matlamat pelayaran ini.
Matlamatnya aku kena jelas, ianya utk menuju sebuah keredhaan dan kemenangan hakiki.
Kemenangan yang tiada tolak bandingnya disisi Ilahi iaitu bila kapal ini berjaya belabuh di pulau
yang kekal abadi dengan selamat dan mengikut kehendak Ilahi.
Keduanya, aku mesti faham kerja dan kewajiban utk dilaksanakan. Ianya memerlukan keihklasan yang tulus dari hati yang faham apa itu kewajiban bekerja. Perlaksanaan setiap tugas dengan sungguh-sungguh untuk mencapai keredhaan Ilahi. Aku teringat satu pesanan, "Jangan mudah meminta pertolongan dari Allah, sehingga betul-betul kamu layak utk menerima pertolongan itu".
Makna disebalik pesanan ringkas ini begitu mendalam dari sudut hakikat keihklasan perjuangan di jalanNya, usaha yang betul-betul ikhlas akan menemui pertolongan Allah walaupun pahit dipermulaan jalan pelayaran.
Ketiga, Ilmu yang benar-benar mantap. Tanpa ilmu, mana mungkin seorang anak kapal dpt menjalankan tugasnya dengan baik. Ilmu itu terlalu penting buat insan yang bergelar da'i kerana
itulah tonggak atau bekalan untuk seorg da'i bila ia berkelana di bumi ini.
Dengan ilmu darjat seseorang di pandang tinggi, dgn ilmu hidup ini bererti kerana setiap tindakan ku berdasarkan ilmu yang aku pelajari dan paling penting, dgn ilmu aku dapat kenal Ilahi.
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment